Pengawal Keselamatan Dihukum Penjara Dua Bulan, Satu Sebatan Kerana Mencuri Syampu

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau, pada Jumaat, dihukum penjara dua bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas dia mengaku bersalah mencuri empat botol syampu.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar memerintahkan Zainal Alam Osman yang juga penghidap HIV menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap semalam.

Zainal Alam, 52, mengaku mencuri empat botol syampu yang kesemuanya bernilai RM62.70 di premis rangkaian Watson, Desa Setapak, Seksyen 2, Wangsa Maju, Sentul di sini pada 6 petang, 24 Mei lepas.

Duda kepada dua orang anak yang berusia 13 dan 15 tahun, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda atau boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh mempunyai tujuh kesalahan lampau termasuk mencuri.

Namun Zainal Alam, yang tidak diwakili peguam, meminta hukuman ringan kerana mendakwa dia terpaksa mencuri disebabkan belum menerima gaji selain perlu menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh bagi mengubati penyakit HIV yang dihidapinya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan