Lelaki Dipenjara Tiga Tahun Kerana Mencuri Komputer

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri satu set komputer peribadi berharga RM3,000 Jumaat lepas.

Mohd Hattar Hamzah, 39, dituduh memecah masuk dan mencuri komputer, monitor, papan kekunci dan tetikus dari sebuah kedai 3E Elektrikal Sdn Bhd, No 4-19, Tingkat Bawah, Blok G, Medan Warisan, Jalan Gambang di sini.

Dia didakwa mengikut Seskyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan denda.

Tertuduh juga didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (n) PPN 1990 atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan yang sah yang boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kedua itu, Mohd Hattar dikenakan hukuman penjara dua bulan oleh Majistret Tuan Ruzaini Tuan Lah yang memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 Mei lepas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan