Kes Stephanie Foray: Ibu Berang Ditanya Jenama Barang Peribadi

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Isu jenama beberapa barangan peribadi milik pelancong wanita Perancis Stephanie Foray, 30, yang dibunuh di Pulau Tioman tahun lepas menyebabkan ibu mangsa Irene Mortel, yang memberi keterangan pada Jumaat berang apabila ditanya berulang kali oleh peguam bela.

Peguam Mohd Hisham Abd Rahim yang mewakili tertuduh, Asni Omar, 37, bertanyakan jenama barangan milik Stephanie yang dijadikan bahan bukti kes itu termasuk beg, sehelai blaus dan sepasang baju mandi kepada Mortel.

Mohd Hisham: Adakah kamu tahu jenama baju renang milik anak perempuan kamu ini? Mortel: Tidak. Tapi saya pernah nampak Stephanie memakainya beberapa kali ketika di Perancis.

Mohd Hisham: Adakah kamu tahu jenama beg berwarna hitam dan kelabu yang dikatakan milik Stephanie dalam gambar ini? Persoalan ini membangkitkan kemarahan Mortel dan beliau berkata: Tidak. Saya tidak tahu. Saya dan Stephanie tidak pernah mengambil tahu mengenai jenama barangan kami. Malah baju yang saya pakai ini pun saya tidak tahu jenama apa.

Mohd Hisham juga menyoal mengenai jenama sebuah kamera yang dipercayai dibawa oleh Stephanie semasa mengembara ke luar negara. "Dia (Stephanie) ada sebuah kamera digital. Tapi tidak tahu jenama apa. Saya fikir pihak polis Perancis tahu sebab mereka menyiasat kes ini," kata Mortel.

Mortel memberi keterangan sebagai saksi keempat pada hari keenam perbicaraan Asni, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Bagaimanapun ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib Tidak. Saya diberitahu kamera itu tidak dijumpai. Sebelum itu emosi Mortel dilihat terganggu dan tidak dapat menahan perasaan apabila Salim memintanya mengecam imej sebuah kamera digital berwarna merah dalam sekeping gambar yang dijadikan bahan bukti kes.

"Kamera itu (berwarna merah) dihadiahkan kedua-dua anak saya (Stephanie dan Vanessa) semasa hari jadi saya iaitu sebelum Stephanie berangkat ke luar negara, saya ada membawa kamera itu bersama saya sekarang," katanya.

Mortel juga memberitahu bahawa anaknya tidak pernah ke Malaysia sebelum ini dan dia hanya tahu mengenai perjalanan Stephanie ke negara ini setelah dia diminta oleh pihak imigresen Sri Lanka memilih destinasi seterusnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung 30 Mei ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan