Kes Saman Utusan Melayu: Mahkamah Rayuan Kekalkan Keputusan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, Khamis, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.

Mahkamah membenarkan permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000, kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.

Utusan mengambil pendirian bahawa ia tidak memerlukan kebenaran untuk merayu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2011 dalam kes Harcharan Singh, Sohan Singh melawan Ranjit Kaur S.Gean Singh.

Hishamuddin juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM10,000.

Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.

Pada 30 September tahun yang sama mahkamah membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.

Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.

Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009.

Khalid diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin manakala Utusan Melayu diwakili Mohana Kumar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan