Lapan Warga Pakistan Fail Saman Tuntut RM40 Juta

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki warga Pakistan, pada Rabu, memfail saman terhadap dua pengarah syarikat pengangkutan, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia serta lapan yang lain bagi menuntut ganti rugi RM40 juta terhadap dakwaan antaranya dengan salah, menculik dan mengurung mereka.

Tuntutan ganti rugi itu juga atas kerosakan harta benda, penderaan, salah tangkapan dan ugutan.

Lapan plaintif itu ialah Rajid Ali, Rahman Sadieq, Waqar Ali Abdul Rahman, Abdul Samad, Akmal Hussain, Syed Waqar Ali, Khalid Hussain dan Imran Khan.

Mereka diwakili peguam Ravi Sodhi dan memfail saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Watsons Peters & Mohd Fuad.

Kesemua plaintif yang berusia antara 22 dan 41 tahun itu menamakan 12 defendan antaranya dua pengarah syarikat VK Transport Sdn Bhd iaitu N. Kuppan, 56, dan K. Homanath, 21, syarikat VK Transport Sdn Bhd, menteri dalam negeri, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur, R. Jevan, 37, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa mereka disalah tangkap untuk tempoh 12 hari kerana disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka mendakwa insiden berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian, kerosakan dan penderaan mental.

Mereka memohon ganti rugi sebanyak RM40 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan juga lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan