Peniaga Didakwa Tipu Pembekal Barang Runcit Lebih RM45,000

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa terhadap enam pertuduhan menipu pembekal barang runcit berjumlah RM45,447 pada tiga tahun lepas.

Eng Heng Wah, 53, didakwa menipu Tai Woon Hann, 39, dengan mengeluarkan cek Affin Bank berjumlah RM11,775 atas urusan pembelian susu F&N pelbagai jenis sebelum mengarahkan bank terbabit menghentikan pembayaran atas cek tersebut.

Eng juga didakwa mendorong Siew Kow @ Seow Fui Chong, 68, menjual barangan bernilai RM3,132 dan RM420 selain mendorong Tan Yat Jong, 64, menjual barangan bernilai RM9,480; RM11,580 dan RM9,060 sedangkan tertuduh tiada niat untuk membayar harganya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu masing-masing di syarikat Kwang Cheong (M) Sdn Bhd di kawasan Perindustrian Ringan Taman Maju Jasin; syarikat Tai Kwong Trading (Melaka) Sdn Bhd di No 23 Jalan Bunga Raya di sini dan di syarikat Everlasting Food Industries Sdn Bhd, No 9337, 9338 bangunan Industri Ringan Alor Gajah sekitar Mac hingga 22 Jun 2009.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim, Zaharah Hussein kemudian membenarkan ikat jamin berjumlah RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 25 Jun depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Badariah Yusof dan Haslinda Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan