Pemandu Teksi Didakwa Edar 4.9KG Dadah

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mengedar ganja yang kesemuanya seberat 4.9 kilogram dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Rosidi Mat Amin, 31, didakwa mengedar ganja sebanyak 0.9 kg di kawasan Lorong 8, Kampung Merbau Sempak Sungai Pelong Petaling Jaya, pada pukul 5 petang, 8 Mei lalu.

Sementara pertuduhan kedua, Mohd Rosidi turut didakwa mengedar ganja dengan anggaran seberat empat kg, di tempat dan waktu yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Majistret Mohd Nazri Omran menetapkan 2 Julai untuk sebutan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya dan tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan