Bekas Peguam, Kerani Didakwa Tipu Berhubung Pembelian Tanah

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam dan kerani masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu, terhadap pertuduhan menipu berhubung pembelian tanah melibatkan sejumlah RM280,000 empat tahun lepas.

Zainudin Maksom, 40, dan G.Naraynen, 56, didakwa dengan niat bersama menipu Lim Seng Kok, 54, iaitu pengarah firma pembinaan dan hartanah, Syarikat Elite Prospective Sdn Bhd, dalam urusan pembelian tanah bernilai RM2.3 juta di Mukim Damansara, Daerah Petaling.

Perbuatan mereka itu didakwa mendorong Lim untuk membuat bayaran deposit pembelian tanah itu berjumlah RM280,000 ke akaun CIMB Bank atas nama Syarikat Zainudin Wan Nadzim Chua & Mazlinda padahal mereka tahu yang tanah itu tidak boleh dijual yang mana Lim tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan oleh mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di firma guaman S N Fam & Co beralamat di No.10-5-5 Quene Avenue, Jalan Bayam, di sini antara Oktober dan Disember 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Peguam T.Santhakumari yang mewakili kedua-dua lelaki itu membantah jaminan RM15,000 setiap seorang yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli.

"Mereka tidak mempunyai jumlah wang sebanyak itu dan hanya mempunyai RM10,000 kerana mereka kini tidak bekerja selain masih menyara keluarga masing-masing," kata Santhakumari.

Hakim S.M Komathy Suppiah membenarkan Zainudin dan Naraynen diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim itu juga memerintahkan mereka membayar jumlah RM10,000 itu hari ini manakala bakinya dalam masa dua minggu.

Beliau menetapkan 5 Jun bagi sebutan semula kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan