Enam Sahabat Dituduh Samun Berkumpulan Sebuah Kafe Siber

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Enam sahabat, pada Isnin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menyamun, secara berkumpulan, sebuah kafe siber di Jalan Gambang, dekat sini awal bulan ini.

Kesemua tertuduh itu ialah Mohd Khaidir Daud, 36, Mohd Saiful Rizal Mohammad Rodzi, 28, Mohd Ardi Efendi Mukhlis, 21, Karim Abdullah, 29, Wan Mohammad Wan Kamaruzaman, 27 dan Amirulbaki Moktar, 22.

Bagi pertuduhan pertama, kesemua tertuduh bersama tiga rakan lain yang masih bebas dituduh melakukan rompakan berkumpulan di Two Purple Internet Cafe di Jalan Gambang pada 11.50 malam, 13 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi dan masa yang sama dengan menyamun dua pelanggan kafe siber itu dan merampas empat buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM17,100.

Mereka juga dituduh menggunakan senjata berbahaya iaitu dua bilah parang yang boleh menyebabkan maut dan ketakutan kepada mangsa.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Noor Svetlana memohon jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius serta menggunakan senjata berbahaya di kawasan awam.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 21 Jun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan