Akauntan Dipenjara Tiga Tahun & Dua Sebatan Kerana Pecah Amanah

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang akauntan pada Isnin dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan RM250,000, sepuluh tahun lepas.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, P.Subramaniam di akhir kes pembelaan.

Rozana ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah memandang berat kes tersebut memandangkan tertuduh terdiri daripada golongan profesional yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugasnya.

Katanya, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh dalam kes ini tidak kuat dan kes tersebut telah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Mahkamah juga tidak membenarkan permohonan peguam M. Haresh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya, Subramaniam.

Subramaniam, 51, didakwa melakukan pecah amanah beberapa cek yang kesemuanya bernilai RM250,000, yang diamanahkan kepadanya, apabila gagal membuat pembayaran cukai pendapatan Syarikat Cashflow Horizon Sdn Bhd kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Dia yang didakwa di mahkamah pada 14 Okt 2009 dituduh melakukan kesalahan itu di Syarikat Cashflow Horizon Sdn Bhd, Wisma Pantai, No 5 Jalan 4/83A, di sini antara 30 Ogos hingga 13 Dis 2002.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Haresh memohon hukuman ringan kerana anak guamnya itu merupakan pesalah pertama dan dia juga adalah penanggung tunggal keluarga selain insaf atas kesalahan yang dilakukan.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon hukuman setimpal kerana mangsa dalam kes ini menanggung kerugian yang besar selain hukuman yang diberikan bukan hanya memberi pengajaran kepada golongan biasa malahan kepada golongan profesional supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Seramai lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula pada 15 Julai 2011.

Cashflow ialah sebuah syarikat yang mengusahakan produk kecantikan dengan jenama 'O'lynn'. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan