Dua Anggota Polis Didakwa Guna Kekerasan Terhadap Jurugambar Guang Ming Daily

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jurugambar pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lepas.

Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King, 33, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja antara pukul 5.20 petang dan 5.30 petang.

Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi, didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassaniah Bakri menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Salim Bashir, yang mewakili kedua-dua anggota polis, membantah jumlah jaminan itu atas alasan ia tinggi dan tertuduh juga berpendapatan rendah.

Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes.

Mereka membayar jaminan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan