Bekas KP Tourism Malaysia Bebas Tuduhan Pecah Amanah - Berita Mahkamah | mStar

Bekas KP Tourism Malaysia Bebas Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM888,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Che Mohamad Zulkifly Jusoh pada Khamis memerintahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mirza, 52, dan membebaskan beliau tanpa dipanggail membela diri.

Menyampaikan alasan penghakiman, Hakim Zulkifly berkata, dalam kes ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan Mirza telah melanggar undang-undang atau obligasi kontrak apabila memindahkan dana kepada LCL Interior LCL Dubai, dan telah gagal untuk berbuat demikian.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga tidak membuktikan unsur-unsur pertuduhan, serta tarikh kesalahan dalam pertuduhan itu adalah samar-samar.

Juga dibebaskan daripada pertuduhan yang sama ialah bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Pempena Sdn Bhd Mohammad Rosly Md Selamat, 58.

Mirza dan Rosly telah dituduh membayar RM888,000 dana syarikat yang diamanahkan kepada mereka dalam kapasiti mereka sebagai pengarah dan Ketua Pegawai Operasi syarikat masing-masing kepada syarikat asing LCL Interior LCL Dubai ke atas projek untuk membina sebuah restoran di Dubai, walaupun pada hakikatnya projek itu tidak tidak memenuhi keperluan.

Mahkamah penuh sesak apabila keputusan itu dibacakan.

Mirza yang kelihatan berseri-seri berjabat tangan dan memeluk kawan-kawannya, rakan-rakan yang penyokong di luar mahkamah selepas keputusan itu disampaikan.

"Saya amat gembira. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana keputusan itu," kata Mirza sambil menambah beliau juga berterima kasih atas sokongan keluarga dan peguamnya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan