Hakim Mahkamah Tinggi Syariah P.Pinang Bebas Tuduhan Khalwat

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Khamis, melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran dan pasangan Nurul Izani Md Isa daripada tuduhan khalwat Disember lepas, selepas mendapati mereka adalah pasangan suami isteri.

Hakim Syarie Othman Ibrahim membuat keputusan itu setelah mengiktiraf keputusan Mahkamah Syariah Kota Tinggi, Johor yang mengesahkan Adam, 44, dan Nurul Izani, 35, adalah suami isteri semasa mereka didapati berkhalwat 5 Disember lepas.

"Mengikut Seksyen 75 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam menyatakan bahawa satu perintah untuk kehakiman yang dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah adalah sah dan mahkamah tinggi di sini boleh mengiktiraf perintah itu," katanya.

Othman juga memerintahkan wang jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap tertuduh dikembalikan.

Adam dan Nurul Izani, yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur, dituduh melakukan kesalahan itu pada 5 Dis 2010 pukul 2.05 pagi di rumah nombor 18B, Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh, Ahmad Munawir Abdul Aziz berkata semasa kejadian kedua-dua tertuduh tidak berpeluang mengemukakan pengesahan perkahwinan mereka memandangkan mereka bernikah di luar negara.

"Lanjutan daripada itu kedua-dua tertuduh telah mengemukakan permohonan pengesahan dan pengesahan itu telah diterima oleh mahkamah di Johor," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan