19 Jun Untuk Dengar Permohonan Batalkan Pembelaan Nallakaruppan

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis, menetapkan 19 Jun untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pernyataan pembelaan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S.Nallakaruppan berhubung saman fitnah yang mengaitkan Anwar dengan penerimaan wang RM60 juta.

Timbalan Pendaftar Fatimah Rubi'ah Ali menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Nurul Nabila Zamri (bagi pihak peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah) mewakili Nallakaruppan.

Latheefa memberitahu pemberita bahawa pada tarikh itu, kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam.

Latheefa berkata Anwar membuat permohonan membatalkan pernyataan pembelaan Nallakaruppan kerana mendakwa ia remeh, penafian semata-mata dan menyalah guna proses mahkamah.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta' yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian sekitar Ogos 2008, kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya (Anwar).

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan