Tian Chua Didakwa Atas Kesalahan Enggan Meninggalkan Kawasan Larangan

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu , Tian Chua minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan ennggan mematuhi arahan supaya meninggalkan kawasan larangan.

Beliau mengaku tidak bersalah atas dakwaan melanggar perintah yang dikeluarkan oleh pegawai polis, Deputi Supritendan, A. Rajagopal supaya meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak yang merupakan kawasan yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan (No 2) 1975.

Beliau didapati melakukan kesalahan tersebut pada kira-kira 2.30 pagi, 29 April lalu di Pulapol Jalan Semarak.

Ketika itu, Tian Chua baru sahaja Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria menawarkan kepada mahkamah supaya Tian Chua diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Latheefa Koya yang mewakili anggota Parlimen itu membantah atas alasan jaminan tersebut adalah tinggi. "Tiada alasan anak guam saya untuk tidak menghadirkan diri ke mahkamah kerana dia merupakan anggota Parlimen. Dia juga akan hadir ke mahkamah kerana masih menghadapi perbicaraan kes lain," kata Latheefa Koya.

Hakim Mahmud Abdullah membenarkan Tian Chua diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai ini untuk bicara.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan