Dakwaan Tipu RM1.13 juta, Dua Penasihat Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dan seorang wanita, yang menghadapi dua pertuduhan menipu melibatkan wang berjumlah RM1.13 juta, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini Isnin.

Bagi pertuduhan pertama, Ismahadi Ahyali, 52, seorang penasihat kewangan dan Teoh Ai Koon atau dikenali sebagai Kamolnat Kijvanit, 43, perunding cukai, didakwa menipu Heng Gee Hooi, 47, seorang pengarah syarikat Barisan Elite Sdn Bhd, sehingga mendorong mangsa memindahkan wang sejumlah RM834,210 milik syarikat itu ke dalam akaun milik Ismahadi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di OCBC Bank, 18, Jalan Tun Perak, Dang Wangi, pada pukul 1.10 tengah hari, 10 Disember 2008.

Hakim, Haiyatul Akmal Abdul Aziz membenarkan mereka diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Khairul Anuar Mohamadiah.

Di mahkamah lain, Ismahadi dan Teoh juga mengaku tidak bersalah menipu mangsa sama, melibatkan wang bernilai RM303,576 milik Wawasan Elite Sdn Bhd, yang dipindahkan ke dalam akaun Ismahadi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Hong Leong Bank, Jalan Kuchai Lama, No 30-34 Jalan Awan Hijau, Brickfields, pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Disember 2008.

Hakim, Balqis Aini Mohd Ali membenarkan mereka diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah.

Teoh turut menghadapi dua lagi pertuduhan menipu mangsa sama yang melibatkan cek bernilai RM166,450 di dua Mahkamah Sesyen lain.

Bagi pertuduhan pertama, Teoh didakwa menipu Heng, dengan mendorongnya menyerahkan sekeping cek bernilai RM36,450 milik orang lain iaitu Lee Cheng Bing, 39, yang dimasukkan ke akaun milik syarikat Promotevest Services Sdn Bhd yang didaftarkan atas namanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di EON Bank Bhd, No 60 Jalan 2, Kepong Baru, Sentul, pada pukul 8.20 malam, 21 Mei 2009. Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagi pertuduhan kedua, Teoh didakwa menipu sehingga mendorong Heng menyerahkan sekeping cek bernilai RM130,000 milik syarikat Barisan Elite Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik seorang individu bernama Louis Tay Pit Kiat, di Maybank Bhd, No 66, Jalan USJ 10/1B Subang Jaya, pada 11 pagi, 10 Disember 2008.

Hakim, Suraiya Mustafa Kamal membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah. Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi keempat-empat kes itu, mahkamah berkenaan menetapkan 14 Jun untuk sebutan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan