Pemandu Lori Didakwa Sebabkan Kematian Mekanik

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Isnin atas tuduhan menyebabkan kematian seorang mekanik dan menyebabkan kecederaan parah terhadap abang mangsa, pada 1 Mei lepas.

Tertuduh, S. Selvasmani, 48, dari Klang mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nor Sharidah Awang.

Selvasmani didakwa menyebabkan kematian M. Jaya Prakash, 24, di bawah Blok A, Flat Pelangi Indah, Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang di sini, kira-kira pukul 1 pagi, 1 Mei lepas.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala disebabkan objek tumpul.

Selvasmani juga didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap abang Jaya Prakash, M. Jaya Thiagarajan, 25, menggunakan kayu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM30,000 kerana kesalahan yang dihadapinya serius dan melibatkan kematian.

Peguam R. Sritheren yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak guamnya tidak mampu.

Hakim Nor Sharidah kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 18 Jun ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan