Pemandu Lori Didakwa Pecah Rumah Larikan Barang Bernilai RM35,000

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan pecah rumah dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM35,000 tahun lepas.

R. Balakrishan,38, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas memecah masuk rumah milik Chui Kok Leong, 51, seorang ejen insurans dan mengambil tujuh jam tangan pelbagai jenama, 23 utas rantai leher emas, lapan bentuk cincin emas, wang tunai RM200, sebuah pemain cakera video digital (DVD), sebuah laptop dan tiga jenis MP3.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 92, Jalan Mutiara Barat 6, Taman Mutiara, Cheras dekat sini antara 6.40 pagi dan 6.30 petang pada 19 Ogos 2011.

Jika sabit kesalahan, Balakrishnan boleh dihukum maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Zuraimi Kamarozzaman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam S. Narasimham yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan Balakrishnan mempunyai lima anak yang masih bersekolah serta isteri yang tidak bekerja.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan Balakrishnan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan