Dakwaan Fitnah, Hasan Ali Saman Mahfuz

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali memfailkan saman terhadap Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar atas dakwaan memfitnahnya berhubung satu kenyataan yang menyatakan beliau menerima bantuan kerajaan.

Hasan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Kamarul Hisham & Hasnal Rezua pada 12 April lepas dan ia didengar di hadapan Hakim Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.

Prasad menetapkan 4 Jun untuk pengurusan kes.

Menerusi pernyataan tuntutan, Hasan mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac lepas dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut. - BERNAMA ZMN NAK RHM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan