Mahkamah Tinggi Syariah Tolak Permohonan Notis Bantahan MAINPP

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang menolak permohonan notis bantahan awal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terhadap kes dua beradik yang memohon pengisytiharan status agama mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Othman Ibrahim berkata mahkamah boleh mendengar kes itu dan mengarahkan pemohon iaitu Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli Abdul Rashid memasukkan pendaftar mualaf sebagai responden kedua.

Roslina dan Rosli, masing-masing berusia 30-an membuat permohonan itu pada akhir 2010.

Tuntutan pengisytiharan bahawa pemohon bukan lagi seorang beragama Islam adalah tertakluk di bawah Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

Di bawah enakmen itu mahkamah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan serta prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam.

Kedua-dua beradik diwakili peguam, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) diwakili peguam, Faizal Arif Tajul Ariffin.

Othman menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi memasukkan semua pindaan yang diarahkan oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan