Bekas Pengarah Syarikat Dipenjara Tujuh Tahun Kerana Pecah Amanah

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat perkhidmatan teksi dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah wang syarikat membabitkan RM1.5 juta lima tahun lepas.

Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi Datuk Ab Malik Ab Rahim, 50, di akhir kes pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman penjara dan sebatan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan yang akan difailkan oleh Ab Malik.

Mahkamah mengekalkan jumlah jaminan RM80,000 dengan dua penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dalam keputusannya, Komathy berkata keterangan Ab Malik ketika membela diri adalah penafian semata-mata malah keterangan isteri tertuduh, yang juga pengarah syarikat itu, turut bercanggah dengan keterangan tertuduh.

Ab Malik, selaku ejen yang diamanahkan Pempena Sdn Bhd untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan teksi, didakwa pecah amanah wang milik syarikatnya berjumlah RM1.5 juta di Dalamasa Sdn Bhd, Unit B-8-6, Blok B, Tingkat 8, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng di sini antara 6 April 2007 dan 16 Mei 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Sebanyak 17 saksi pihak pendakwaan dan dua saksi pihak pembelaan termasuk isteri tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazir Amir Johari, Lim Yoi Pheng dan M.Puveneswaran manakala tertuduh diwakili peguam Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.

Dalam rayuan bagi meringankan hukuman, Muhammad berkata Ab Malik mempunyai dua isteri dan lima anak berusia antara enam bulan dan 27 tahun, tidak mempunyai rekod kesalahan lampau malah telah kehilangan jawatan.

Nazir Amir pula berkata kesalahan Ab Malik sangat serius kerana ia membabitkan kepentingan awam serta melibatkan jumlah yang besar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan