Bacaan Ujian Air Kencing Saiful Apek, Tiga Rakan Tepat - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu bacaan ujian air kencing pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya adalah tepat.

Pegawai Sains Jabatan Patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Rozita Abdullah berkata bacaan itu tepat kerana terdapat garisan berwarna merah jambu pada kepingan papan yang menguli air kencing mereka, selain bacaan yang jelas pada kod ujian air kencing tertuduh.

Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim, didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Rozita berkata bagi mengenal pasti bacaan dengan tepat untuk mengesan kehadiran dadah dalam air kencing seseorang individu, sampel perlu disimpan dalam peti sejuk mengikut suhu yang sepatutnya.

"Sekiranya sampel air kencing yang dihantar untuk mengesan kehadiran dadah tidak disimpan dalam peti sejuk mengikut suhu yang berpatutan, maka 'analit' yang merupakan satu bahan dalam sebatian air kencing akan berkurangan dan ia akan menyukarkan proses pengesanan dadah dalam air kencing itu," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.

Rozita turut memaklumkan hasil ujian air kencing pelakon berkenaan dan tiga rakannya mendapati mereka adalah positif kanabis.

Disoal tempoh sampel air kencing yang disimpan boleh bertahan, beliau berkata ia bergantung kepada bekas air kencing, jenis botol dan suhunya.

Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bersambung Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan