Perbicaraan Jenayah Perang, Keganasan Dilakukan Bush Bermula

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas tahanan Teluk Guantanamo (kiri) memberi keterangan semasa Perbicaraan Pertuduhan Jenayah Perang Terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush dan sekutunya di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur di sini, Isnin.
Turut mendengar ialah jurubahasanya (kanan).
-Foto BERNAMA.
Bekas tahanan Teluk Guantanamo (kiri) memberi keterangan semasa Perbicaraan Pertuduhan Jenayah Perang Terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush dan sekutunya di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur di sini, Isnin. Turut mendengar ialah jurubahasanya (kanan). -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur pada Isnin memulakan perbicaraan terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat George W.Bush serta tujuh sekutunya berhubung pertuduhan melakukan jenayah perang dan penyeksaan.

Sekutu Bush ialah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney, bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, Alberto Gonzales (penasihat Bush ketika menjadi Presiden) David Addington (penasihat umum kepada naib presiden), William Haynes (penasihat umum setiausaha pertahanan), Penolong Peguam Negara Jay Bybee dan bekas Timbalan Penolong Peguam Negara John Yoo. Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus mengetuai kuorum tribunal yang turut dianggotai Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Profesor Salleh Buang dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Saari Yusuf.

Pada prosiding hari ini, Tribunal mengarahkan perbicaraan terhadap Bush dan sekutunya diteruskan selepas memutuskan jenayah perang mempunyai bidang kuasa sejagat.

Terdahulu, Jason Kay yang dilantik sebagai 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah bagi mewakili Bush dan sekutunya, mengemukakan bantahan awal iaitu tribunal tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk meneruskan pertuduhan terhadap mereka. Beliau berhujah tribunal itu, yang diwujudkan di bawah Yayasan Tribunal Peperangan Kuala Lumpur (KLFCW), telah diperbadankan mengikut undang-undang Malaysia, justeru, hanya undang-undang bertulis negara ini terpakai.

Sementara itu, Profesor Gurdial Singh Nijar yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata selain undang-undang Malaysia, badan tersebut turut menguatkuasakan undang-undang antarabangsa, dan dalam apa jua keadaan, jenayah perang merupakan jenayah sejagat berdasarkan 'jus cogens' serta adat undang-undang antarabangsa.

Saksi pertama, Abbas Abid, yang merupakan bekas ketua jurutera Kementerian Sains dan Teknologi di Baghdad, mendakwa beliau diseksa ketika ditahan di penjara Al-Jadiria.

Abbas, yang kini menetap di Fallujah, Iraq, berkata beliau, antara lain, diseksa dengan kejutan elektrik, ditempatkan di dinding dengan alat sulitnya digantung benda berat serta dipaksa minum banyak air yang dicampur dengan diuretik manakala kemaluannya diikat dengan gelang getah untuk menghalangnya daripada membuang air kecil.

Ketika memberi keterangan, wajah Abbas ditutup dengan skaf selepas tribunal membenarkan permohonan pendakwaan untuk berbuat demikian atas alasan keselamatan. Dalam keterangannya, Abbas, 48, berkata pada kira-kira 10 malam, 28 Ogos 2005, lebih 15 askar warga Amerika dan Iraq menyerbu rumah saudara lelaki beliau dengan cara yang disifatkannya sebagai "amat menakut".

Katanya, beliau ke rumah itu selepas dipanggil seorang saudara dan kemudian diminta mengikut askar berkenaan untuk disoal siasat sebelum ditahan di penjara Al-Jadiria.

Bapa lima anak itu juga mendakwa pada 5 Okt 2006, beliau dibawa ke mahkamah namun dibebaskan selepas kekurangan bukti.

"Saya terpaksa membayar US$10,000 kepada pihak berkuasa penjara di bawah Kementerian Keadilan sebelum dibebaskan," kata Abbas yang bertutur dalam bahasa Arab.

Menjawab soalan Gurdial Singh, Abbas berkata beliau berhasrat untuk memiliki 15 anak namun tidak kesampaian ekoran pengalaman pahitnya di penjara. Saksi kedua, bekas tahanan Guantanamo iaitu Moazzam Begg pula memberitahu tribunal beliau ke Afghanistan bersama keluarganya pada 2001 untuk membina sebuah sekolah. Bagaimanapun, apabila Amerika Syarikat menyerang negara itu, beliau dan keluarganya terpaksa berpindah ke Islamabad di Pakistan.

Membacakan akuan berkanunnya, warga Britian itu berkata selepas ditahan tiga minggu di Pakistan, beliau diserahkan kepada tentera Amerika Syarikat dan diterbangkan ke Afghanistan sebelum disumbat ke pusat tahanan Teluk Guantanamo di Cuba selama 20 bulan.

Moazzam berkata kesihatan mentalnya merosot selepas diletakkan dalam kurungan seorang diri serta ditempatkan dalam sebuah sel kecil tanpa tingkap dan lampu, selain disisihkan daripada sebarang hubungan dengan tahanan lain.

Sehingga hari ini, Moazzam berkata beliau tidak mengetahui kesalahan yang telah dilakukannya.

Prosiding itu, yang diadakan di mahkamah terbuka KLFCW di Jalan Perdana di sini, disambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan