Tukang Masak Dipenjara Sebulan, Denda RM500 Kerana Curi Dulang Makanan

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang tukang masak dihukum penjara sebulan dan denda RM500 atau lima hari penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mencuri tujuh dulang makanan dan sebuah pasu hiasan minggu lepas.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan K.Surendran, 37, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap Rabu lepas.

Surendran mengaku salah mencuri dulang jenis "stainless steel" berkenaan bernilai RM280 dan pasu hiasan bernilai RM400 milik Bankers Club di Bankers Club, Tingkat 21 dan 22, Bangunan Amoda, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini pada 10.15 malam, 2 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Surendran memohon hukuman terhadapnya diringankan atas alasan dia perlu menyara anak serta ibunya yang berusia 68 tahun.

"Saya mencuri kerana saya perlukan duit untuk menyara perubatan anak saya sebab pada masa itu saya tiada kerja dan sedang menunggu proses untuk bekerja di tempat baru," katanya yang tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan