Tang Gagal Dapat Kebenaran Dalam Rayuan Isu Tanah Di P. Pinang

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan bayaran ganti rugi RM28.6 juta kepada Tang Hak Hu atas kehilangan keuntungan dan nama baik dalam urusan tanah.

Panel lima anggota diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan kebenaran oleh Tang bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Januari lalu.

Tertuduh gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 supaya kebenaran diberikan kepada ahli perniagaan itu.

Anggota panel itu turut disertai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Sulong Matjeraie.

Pada 4 Oktober, 2005, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan bayaran ganti rugi itu kepada Tang atas hilang keuntungan, perbelanjaan membazir dan hilang nama baik yang mana kuantum akan ditaksir oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi. Keputusan Mahkamah Tinggi itu berpihak kepada Tang yang menyaman responden Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang dan Pentadbir Tanah Daerah Seberang Prai Tengah atas pembatalan geran sebidang tanah seluas 4.3 hektar di Seberang Prai yang diluluskan oleh responden bagi tujuan menjalankan kegiatan kuari.

Timbalan Pendaftar membuat pentaksiran ganti rugi sebanyak RM28.24 juta kepada Tang atas hilang keuntungan, RM658,271 atas perbelanjaan pembaziran, RM450,000 atas kehilangan nama baik bersama dengan faedah lapan peratus.

Jumlah termasuk faedah mencecah kira-kira RM40 juta.

Atas rayuan pihak responden, Mahkamah Rayuan mengetepikan ganti rugi RM28.24 juta dan memerintahkan supaya pentaksiran dilakukan semula.

Mahkamah Rayuan juga mengetepikan ganti rugi RM450,000 atas kehilangan nama baik dan mengurangkan jumlah ganti rugi bagi perbelanjaan pembaziran kepada RM481,785.

Mahkamah itu juga memerintahkan Tang supaya memulangkan semula kira-kira RM14.09 juta daripada jumlah RM14.67 juta yang dibayar sebelum itu oleh pihak responden berikutan perintah Mahkamah Tinggi.

Peguam Datuk Bastian Vendargon, yang mewakili Tang, berkata anak guamnya perlu kembali semula ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi pentaksiran semula ganti rugi kehilangan keuntungan berikutan kegagalannya mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Peguam pihak responden, Malik Imtiaz Sarwar, berkata Tang perlu memulangkan semula RM14.09 juta kepada responden. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan