Kerajaan Mohon Saman Pesara Tentera Dibatal

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan telah memohon Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman yang difailkan oleh pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana tidak munasabah dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Setiausaha Negara dan beberapa pihak kerajaan Malaysia membuat permohonan itu pada 19 April lalu.

Saman yang difailkan oleh Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin pada Jumaat.

Vazeer Alam menetapkan 11 Jun untuk pengurusan kes.

Selain itu, pihak kerajaan turut mendakwa bahawa plaintif gagal mengenal pasti identiti 403 pegawai yang berada di dalam perkhidmatan dan bersara serta permohonan plaintif juga melebihi had masa.

Tengku Zainal Abidin, yang berpangkat kapten, memfailkan saman pada 20 Januari lepas dengan mendakwa mewakili 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral.

Pesara tentera itu menamakan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konspirasi dan menyalah guna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari tahun 1963 sehingga sekarang.

Antara yang dituntut adalah deklarasi bahawa keputusan Kabinet pada 1963 yang menyisihkan ATM daripada Suruhanjaya Khas yang dibentuk untuk menyemak tangga gaji dan perkhidmatan untuk kesemua sektor awam, adalah salah dan melanggar undang-undang.

Sementara itu di luar mahkamah, Tengku Zainal Abidin memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah menyerahkan saman kepada Lee dan Kerajaan Republik Singapura pada 3 Mei lalu dan mereka mempunyai masa selama 20 hari untuk memfailkan kehadiran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan