Amah Warga Indonesia Dera Anak Majikan Dipenjara Empat Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Sesyen, Jumaat, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap amah warga Indonesia yang mengaku bersalah melakukan penderaan ke atas anak majikannya, yang juga kanak-kanak kurang upaya pada Mac lepas.

Hakim Noradidah Ahmad juga menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Nanis Supardi, 40, kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memijak muka, leher, perut dan dada mangsa serta menekup muka dan memasukkan air ke dalam mulut kanak-kanak malang yang berusia 11 tahun itu.

Perbuatan keji tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang majikannya dan dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 6 hingga 6.30 petang di Lot 2923, Kampung Batu Hitam, Beserah pada 13 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Untuk pertuduhan kedua, Nanis didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan sebatan tidak lebih dari enam sebatan.

Noradidah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dan berkuat kuasa sejak tarikh penangkapan tertuduh pada 14 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhada Shamsuddin, manakala tertuduh yang berasal dari Jember, Jawa Timur, tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan