Seorang Lelaki Akan Dihadapkan Ke Mahkamah Berhubung Perhimpunan Sabtu Lepas

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menyatakan seorang lelaki akan dihadapkan ke mahkamah kerana terdapat bukti mencukupi mengenai pembabitannya dalam perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas yang mencetuskan keadaan kacau-bilau.

Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata polis telah diminta membawa lelaki berkenaan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi tujuan tersebut, pada Khamis.

Kata jabatan itu, lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai antara penunjuk perasaan yang membuka sekatan polis di Jalan Raja.

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram dan tuduhan alternatif mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana melanggar perintah majistret.

"Bukti yang ada menunjukkan dia mengingkari perintah majistret yang dibuat mengikut Seksyen 98 Kanun Aturcara Jenayah, yang dikeluarkan pada 26 April," kata kenyataan itu.

Mahkamah Majisteret mengeluarkan perintah menghalang penganjur perhimpunan itu dan orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka mulai tengah malam Jumaat hingga 1 Mei.

Kenyataan itu berkata kertas siasatan berhubung perhimpunan berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan