Shamsubahrin Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Tipu Wanita

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, Rabu melepas tanpa membebaskan ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail daripada tuduhan menipu seorang wanita untuk membekalkan dua pembantu rumah dengan bayaran RM13,000 pada Julai tahun lepas.

Majistret Nurul Syahida Zainal memutuskan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi memaklumkan bahawa beliau mendapat arahan untuk menarik balik pertuduhan terhadap Shamsubahrin, 46.

Ahli perniagaan itu didakwa memperdaya Aina Noridar Abdullah, 45, bahawa pembantu-pembantu rumah yang dijanjikan itu benar-benar wujud sehingga menyebabkan wanita itu kerugian RM13,000 yang telah dimasukkan ke dalam akaunnya.

Shamsubahrin didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Persiaran Perbandaran Seksyen 14 di sini, pada 28 Julai 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Ini merupakan kali kedua beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan tipu.

Pada 12 April lepas, beliau dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Klang daripada tuduhan menipu seorang pemandu teksi selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan ke atasnya.

Shamsubahrin turut menghadapi dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Kes itu akan disebut semula pada 21 Mei ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan