Hanya Dua Mayat Dibedah Siasat HKL Pada Malam 9 Julai - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner pada Rabu diberitahu hanya dua mayat dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam 9 Julai tahun lepas bermula dari 11.30 malam hingga 4 pagi keesokannya.

Penolong Pegawai Perubatan Di Jabatan Perubatan Forensik HKL Muhd Yunus Muhamad Nor, 28, memberitahu dua mayat itu ialah Baharudin Ahmad, pemandu teksi yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram pada hari kejadian serta satu mayat yang dibawa dari Petaling Jaya, Sulaiman Ramli.

"Bedah siasat bagi mayat Baharudin dijalankan bermula jam 11.30 malam bertarikh 9 Julai tahun lepas manakala mayat Sulaiman dilakukan bermula jam 3.20 pagi keesokannya," katanya pada perbicaraan inkues bagi menyiasat kematian Allahyarham Baharudin.

Saksi ke-26 itu turut menjelaskan kedua-dua mayat berkenaan tidak dibedah siasat secara serentak atau pada masa yang sama. "Saya tidak setuju kedua-dua mayat itu dibedah serentak kerana saya yang menyediakan dan menghantar draf bedah siasat bagi mayat Sulaiman pada pukul 3.20 pagi di bilik bedah siasat," katanya ketika menjawab soalan peguam keluarga Baharudin, Patrick Dass.

"Pada waktu itu mayat Baharudin sudah tiada dan saya pasti mayatnya sudah siap dibedah siasat," katanya yang bertugas syif malam bermula dari 9 malam hingga 7 pagi di Kaunter Pendaftaran HKL pada hari tersebut.

Muhd Yunus turut memaklumkan mahkamah bahawa hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pakar patologi HKL Dr Khairul Anuar Zainun mendapati punca kematian Baharudin masih belum diketahui kerana menunggu laporan analisis makmal, manakala hasil bedah siasat yang dijalankan pegawai perubatan hospital Dr Ferwan Fairis Ab Karim ke atas Sulaiman mendapati punca kematian lelaki itu disebabkan "Ischaemic Heart Disease Due To Coronary".

Muhd Yunus berkata mayat Baharudin kemudian diserahkan kepada warisnya iaitu anak pemandu teksi tersebut Dr Ummi Mirza pada pukul 3.45 pagi manakala mayat Sulaiman dituntut isterinya iaitu Mariani Harun pada jam 4.15 pagi.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah bersambung pada 4 Jun depan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan