Tipu Pengeluaran KWSP: Lima Pencarum Disabit Kesalahan

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana menipu atau cubaan menipu pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Semua ahli terbabit telah didakwa di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 dan didenda berjumlah RM10,500 oleh mahkamah bagi kesalahan membabitkan pengeluaran perumahan KWSP.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata tindakan mahkamah itu membuktikan komitmen mereka dalam membanteras penipuan pengeluaran di kalangan ahli serta ketegasan polisi toleransi sifar terhadap sebarang bentuk penipuan.

"Ahli diingatkan agar menjauhi segala bentuk penipuan pengeluaran memandangkan proses KWSP dirancang secara teliti bagi membolehkan KWSP mengesan ahli yang telah membuat penipuan pengeluaran walaupun selepas simpanan mereka berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Katanya laporan polis sertia tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terbabit dalam penipuan pengeluaran.

Mereka yang ingin melaporkan sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi Hotline Anti-Fraud KWSP di talian 03-2616-2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan