Bekas Pekerja Kilang Tembakau Didakwa Rompak Barang Kemas Milik Suri Rumah

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja kilang tembakau, Isnin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak barang kemas milik seorang suri rumah dengan bersenjatakan batu dan pasu bunga, dua hari lepas.

K. Kanan, 29, bersama tujuh lagi yang masih bebas didakwa merompak gelang tangan dan cincin milik R. Kange, 42, yang kesemuanya bernilai RM5,000 di bawah Blok 62 Flat Wangsa Sari, Setapak, Sentul di sini pada 3 petang 28 April lepas.

Dia yang tinggal di PPR Wangsa Sari di sini dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dengan alasan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan.

Kanan yang tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan kerana kini dia tidak lagi bekerja dan perlu menanggung ibu yang tua.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Jagjit Singh mengarahkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua orang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali pada setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan