Pasangan Suami Isteri Warga Singapura Dituduh Dera Tiga Anak

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sepasang suami isteri warga Singapura pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan mendera tiga anak mereka, 22 April lalu.

Idris Yaacob, 46, dan ibu tiri kepada mangsa, Zarina Ibrahim, 39, kedua-duanya bekerja sebagai guru muzik, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap ketiga-tiga mangsa yang berusia 7, 10 dan 14 tahun.

Mereka dituduh melakukan perbuatan tersebut kira-kira jam 12 tengah hari di Kampung Melayu Gelang Patah, dekat sini.

Pegawai Pendakwa Insp Hasbullah Noor memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM40,00 setiap seorang sementara menunggu tarikh perbicaraan kes itu. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu agar wang ikat jamin itu dikurangkan memandangkan mereka tidak dapat menghubungi ahli keluarga lain selain tidak berkemampuan.

Majistret Hafizah Johor Ariff Johor kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 seorang dan menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan.

Selasa lepas, polis menahan sepasang suami isteri warga Singapura di rumah mereka di Kampung Melayu Gelang Patah kerana dipercayai mendera tiga anak mereka.

Penahanan itu hasil laporan polis yang dilakukan sendiri oleh mangsa, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun setelah tidak tahan dengan penderaan yang dilakukan terhadapnya dan adik perempuannya berusia 10 serta adik lelakinya 7 tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan