Mahkamah Rayuan Kekalkan Pemberian Ganti Rugi Kepada 29 Peserta Apcet II

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, Khamis, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi am sebanyak RM870,000 kepada 29 peserta Persidangan Asia Pasifik mengenai Timur Timor II (Apcet II) bagi penangkapan dan penahanan mereka secara salah.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara menolak rayuan balas yang dikemukakan polis dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu liabiliti.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, juga sebulat suara menolak rayuan peserta berkenaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan kepada mereka.

Hakim Abu Samah berkata rayuan balas mengenai isu liabiliti itu tidak mempunyai merit.

Beliau juga berkata keputusan Hakim Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan kepada peserta berkenaan adalah betul.

Pada 22 Disember, 2009, Mahkamah Tinggi memerintahkan polis dan kerajaan membayar RM30,000 kepada setiap peserta selepas membenarkan saman sivil mereka bagi penangkapan dan penahanan secara salah.

Peserta berkenaan termasuk aktivis tempatan dan wartawan yang menghadiri Persidangan Apcet II pada 9 Nov, 1996 di Hotel Asia di Kuala Lumpur untuk membincangkan pencabulan hak asasi manusia di Timur Timor dan perjuangannya bagi kemerdekaan daripada Indonesia.

Ketika persidangan itu baru sahaja bermula, satu kumpulan menyerbu masuk dan menganggu mesyuarat itu dan susulan itu polis menahan beberapa peserta yang mereka dakwa tidak mematuhi arahan supaya bersurai.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan peserta dibayar faedah dan kos.

Dalam saman sivil itu, mereka menamakan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Ismail Che' Ros, bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainal Abidin Ali, pegawai penyiasat Cif Insp Tengku Hamzah Tengku Abdullah dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh dan Siti Badariah Mohd Yusof mewakili polis dan kerajaan manakala peserta berkenaan diwakili peguam Ranjit Singh, Abdul Rashid Ismail dan Jamie Wong. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan