Perbicaraan Kes Dua Kakitangan Tabung Haji Ditangguh Ke Ogos Depan

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes dua kakitangan Tabung Haji yang masing-masing didakwa membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji dan tuduhan rasuah ditangguhkan ke Ogos depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusof menetapkan 7 hingga 10 Ogos serta 27 hingga 30 Ogos depan untuk perbicaraan kes juruanalisis sistem, Jabatan Teknologi Maklumat, Lembaga Tabung Haji (TH), Afizul Md Yasin dan kerani di TH Roslan Mohamed Som.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nur Lokman Samingan memohon kes itu, yang dijadualkan untuk perbicaraan, ditangguhkan.

Ini kerana Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan perbicaraan kes itu Mohd Sophian Zakaria dan Wong Poi Yoke tidak dapat hadir pada Rabu kerana menghadiri satu persidangan di Jabatan Peguam Negara.

Pada 9 Februari lepas, Afizul, 34, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan membuat capaian ke pangkalan data Tabung Haji dan memasukkan rekod nama 27 jemaah haji menggunakan program komputer tanpa kuasa yang mana perbuatan itu akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan sistem haji Lembaga Tabung Haji.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 13, Jabatan Teknologi Maklumat, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, antara 10.55 pagi dan 11.10 malam, pada Jun dan Julai 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Roslan, 47, pula mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM6,750 sebagai upah untuk menolong menguruskan 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 bersamaan 1431H, supaya dapat pergi menunaikan haji pada waktu itu.

Dia yang bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Tabung Haji, dituduh menerima wang itu daripada perantara, Samsudin Ibrahim di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini antara 3.30 petang dan 4 petang, 15 Julai 2010.

Roslan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Afizul diwakili peguam Imam Abu Sa'id Nahrawi manakala Roslan diwakili peguam Rusli Zain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan