Pekerja Pemasangan Wayar Didakwa Bunuh Guru

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pemasangan wayar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Rabu terhadap pertuduhan membunuh seorang guru wanita di Rawang, bulan lepas.

Bagaimanapun tertuduh N. Sritharan hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki.

Sritharan, 19, didakwa bersama seorang lagi, yang masih bebas, membunuh S. Usharani, 47, di Perhentian Bas PKNS, Batu 17, Jalan Ipoh, Rawang, Gombak dekat sini, pada 7 pagi 27 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Terdahulu, peguam K.Muthiah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan merujuk kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi anak guamnya kerana mangsa meninggal semasa berada di hospital dan bukan di tempat kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Abd Raheem Aliyas.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Jun untuk sebutan kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan guru wanita itu cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan