Empat Pemuda Didakwa Halang Pegawai DBKL Jalankan Tugas

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat pemuda pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan menghalang empat pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Jalan Raja, di sini pada 12.50 tengah hari, Selasa.

Muhammmad Karim Abdullah, 24; Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin, 21; Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 21; dan Shaiful Buhari Ramlan, 25; didakwa dengan sengaja menghalang pegawai-pegawai itu dari memindahkan khemah yang didirikan tanpa kebenaran di dataran itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Karim merupakan seorang pegawai Hal Ehwal Agama, Muhammad Aliff Hafiz dan Ekhsan Bukharee penuntut universiti tempatan, sementara Shaiful Buhari seorang penjual kad sim.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan Muhammmad Karim dan Muhammad Alif Hafiz masing-masing diikat jamin RM900 dengan seorang penjamin manakala Shaiful Buhari dan Ekhsan Bukharee diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Cif Insp Nom Phot Prackdit manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Faridah Mohamed, Mohd Haijam Omar, Farhana Halim dan G. Sivamala. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan