Wanita Warga Singapura Dituduh Perdagang Kanak-Kanak

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang wanita warga Singapura yang lumpuh sebelah kaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi berusia 22 hari bagi tujuan eksploitasi, awal bulan ini.

Lee Hwee Bin, 36, didakwa memperdagangkan Lee Kelvin bagi maksud eksploitasi iaitu pemindahan milikan ke atas bayi itu dengan pertukaran wang ringgit di luar Starbucks Coffee, Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang kira-kira 11.30 pagi, 6 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, K.Muthiah berkata Lee yang berkerusi roda telah hilang pasportnya dan satu laporan polis telahpun dibuat.

Beliau berkata anak guamnya telah membuat permohonan untuk mendapatkan pasport baru di Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini dan dijangka menerimanya dalam masa sebulan lagi.

Hakim Norsyaridah Awang berkata beliau tidak dapat mengenakan wang jaminan ke atas Lee atas sebab wanita itu tidak memiliki rekod perjalanan sah dan menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin.

Lee, yang didakwa merupakan orang tengah dalam kegiatan menjual bayi di sekitar daerah Klang, ditahan bersama tiga wanita lain dalam satu serbuan di Jaya Jusco Bukit Tinggi di sini 6 April lepas.

Dalam serbuan kira-kira 11.30 pagi hasil maklumat awam itu, polis turut menyelamatkan Lee Kelvin yang mempunyai dokumen kelahiran serta pasport antarabangsa yang dibuat pada 19 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, ketika diselamatkan, bayi itu sedang dilihat oleh sepasang suami isteri berusia 49 tahun dan 50 tahun dipercayai untuk dibeli. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan