Rakyat Afganistan Gagal Dapatkan Writ Habeas Corpus

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Afganistan yang dikehendaki pihak berkuasa imigresen Australia berhubung 25 tuduhan jenayah pemerdagangan manusia gagal mendapatkan habeas corpus bagi dibebaskan segera di Mahkamah Tinggi di sini.

Dengan keputusan hari ini, Said Mir Bahrami, 40, seorang penjual karpet akan kekal di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Ghazali Cha dalam keputusannya berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah bertindak mengikut undang-undang apabila beliau mengeluarkan arahan bertulis di bawah Seksyen 20 Akta Ekstradisi 1992 untuk membolehkan proses ekstradisi Said Mir.

Beliau berkata di bawah akta itu, menteri berkenaan mempunyai prerogatif dalam mengeluarkan arahan seperti itu berdasarkan perjanjian ekstradisi antara kerajaan Malaysia dan Australia yang ditandatangani pada 15 November 2005, di mana ia tidak boleh dicabar.

Hakim Ghazali berkata mahkamah juga mengambil kira mengenai afidavit sokongan yang difailkan oleh pegawai-pegawai Polis Persekutuan Australia mengenai dakwaan pembabitkan Said Mir dalam menganjur dan menyediakan kemudahan kepada pendatang tanpa izin untuk memasuki negara itu. Dalam satu daripada afidavit sokongan, seorang peguam kanan persekutuan Bahagian Antarabangsa Pejabat Peguam Negara yang bertanggung jawab dalam permohonan ekstradisi, Swandra Kim Chu Ramachandran menyatakan bahawa kerajaan Australia membuat permohonan secara rasmi untuk melaksanakan waran tangkap terhadap pemohon pada 19 Julai tahun lepas.

Beliau berkata waran itu dilaksanakan pada 1 Ogos dan rakyat Afgan itu ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu arahan lanjut daripada menteri.

Pada 19 Disember tahun lepas pejabat Peguam Negara berjaya menadapatkan arahan daripada Mahkamah Sesyen untuk mengekstradisi lelaki itu.

Berikutan itu, pada 13 Januari lelaki itu memfailkan permohonan habeas corpus untuk pembebasannya dengan mendakwa perintah ekstradisi terhadapnya gagal memenuhi peruntukan seksyen 20 akta itu.

Sementara itu, Said Mir dalam afidavit balasnya mendakwa dia tidak pernah mengetahui mengenai dakwaan terhadap pembabitannya dalam penyeludupan orang melalui Indonesia seperti yang dinyatakan dalam 25 tuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar mewakili penagrah penjara Sungai Buloh. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan