Pengarah Didenda RM8,000 Mengaku Salah Rasuah Penguatkuasa KPDNKK

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pengarah sebuah syarikat pembekal minyak didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa selepas didapati bersalah memberi rasuah kepada penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dua tahun lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Zulkifli Ibrahim, 47, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan. Tertuduh juga akan dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Zulkifli dituduh memberi suapan RM3,000 kepada Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Mohd Hashim Mat Daud sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana menyeleweng minyak mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). Dia dituduh melakukan kesalahan itu di AW Utara Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam antara pukul 5 hingga 5.30 petang pada 11 Oktober 2010.

Zulkifli dituduh mengikut Seksyen 24 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 214 akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Rahmatullah Baharuden. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan