Pengarah Didakwa Tipu Bank Untuk Dapatkan Kemudahan Kredit Hampir RM20 Juta

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah di sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan menipu sebuah bank bagi mendapatkan kemudahan kredit membabitkan hampir RM20 juta.

Bagi pertuduhan pertama, Ng Huat Jian,50, yang merupakan pengarah syarikat Oil-Line Engeneering & Associates Sdn Bhd didakwa menipu Bank Islam Malaysia Berhad dengan mengemukakan dokumen-dokumen palsu sehingga mendorong bank itu memberi kemudahan kredit berjumlah RM1,350,000 kepada syarikat tersebut.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di ibu pejabat bank berkenaan pada 9 Februari 2009 hingga 23 April 2009.

Bagi pertuduhan kedua Ng didakwa menipu bank tersebut dengan mengemukakan dokumen-dokumen palsu sehingga mendorong bank itu memberi kemudahan kredit berjumlah RM18,639,536.47 kepada syarikat itu.

Ng didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pada 26 Disember 2008 hingga 28 April 2009.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 368 (a) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Shari'ah Abu menawarkan jaminan RM40,000 dikenakan terhadap Ng bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin dan peguam Guok Ngek Seong yang mewakili tertuduh tidak membantah jaminan tersebut.

Hakim S. M Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan