Tertuduh Pertama Kes Bunuh Pensyarah & Bapa Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan tertuduh pertama dalam kes bunuh seorang pensyarah kolej dan bapanya supaya menjalani rawatan pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohd Rafik Rahem supaya anak guamnya Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, mendapat rawatan psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berkata ini bagi memastikan tahap kesihatan mental anak guamnya semasa kejadian itu berlaku.

Ahmad Solihin menetapkan 23 Mei untuk sebutan bagi mendapatkan laporan mental, perubatan dan kimia.

Mohamad Zul Shahril didakwa bersama tiga lagi tertuduh iaitu Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, seorang pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), di No.28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong di sini antara pukul 1.30 pagi dan 2.30 pagi, 9 Mac lalu.

Keempat-empat pelajar kolej swasta tersebut juga didakwa membunuh Omar Peter Abdullah, bapa Zara Eleena di tempat yang sama antara pukul 11.30 malam, 8 Mac dan 1.30 pagi, 9 Mac lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, Omar Peter, seorang pesara sebuah syarikat elektronik, dibunuh terlebih dahulu sebelum diikuti dengan pembunuhan Zara Eleena.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pendakwaan sebelum ini, kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Solihin menetapkan 23 Mei untuk sebutan laporan mental dan kimia manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan