Buruh Kontrak Dipenjara 12 Tahun Sebabkan Kematian Remaja

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, Isnin menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang buruh kontrak setelah mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang remaja lelaki, tahun lepas.

Hakim Datuk Mariana Yahya, yang menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Zubaikhan Abdul Halim, 22, dari Kuantan, berkata hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 31 Mei 2011.

Mohd Zubaikhan mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian Zulkifli Ali, 16, pada pukul 1.30 pagi di Medan Pelancong Benteng, Jalan Besar Kuantan di sini pada 21 Mei tahun lepas.

Mengikut fakta kes, kejadian bermula apabila mangsa dan seorang rakan lelaki yang berada di lokasi kejadian untuk melihat orang ramai memancing ikan didatangi lima lelaki termasuk dua remaja bawah umur yang bertindak memukul mangsa.

Rakan mangsa mendakwa tertuduh menghentak kepala mangsa ke pintu besi sebuah kedai makan sebelum tertuduh menyepak belakang badan dan kepala selepas mangsa jatuh ke lantai yang mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri.

Selepas kumpulan itu beredar, rakan mangsa menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di mana mangsa tidak sedarkan diri sejak kali pertama dimasukkan ke situ sehinggalah disahkan meninggal dunia pada 30 Mei 2011 pukul 3.15 petang.

Pemeriksaan pakar patologi mendapati terdapat kesan lebam di bahagian dalam kulit kepala dan kesan retakan di tiga lokasi bahagian tengkorak kepala serta kesan lebam pada paru-paru sebelah kanan mangsa.

Ketika membacakan hukuman ke atas tertuduh, Mariana berkata tertuduh bernasib baik kerana tuduhan ke atasnya telah diringankan iaitu daripada membunuh orang kepada mematikan orang dengan salah, namun kesalahan melibatkan nyawa manusia adalah suatu yang serius.

"Saya percaya sebagai manusia setiap perbuatan ada hadnya, nyawa manusia sangat bernilai dan kehilangan nyawa mangsa kepada ahli keluarganya tidak dapat diganti dengan apa-apa," katanya.

Sementara itu, dua rakan tertuduh iaitu Mohd Salahudin Shamsul Aizam, 20, dan Mohd Masyadi Mohd Zainal, 21, yang dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditahan pada 31 Mei 2011 bagaimanapun dibebaskan mahkamah selepas mereka telah ditahan selama 10 bulan. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Zulkifli bersama Mohd Zubaikhan di lokasi dan masa yang sama.

Dua lagi rakan mereka yang merupakan remaja lelaki yang kini berusia 17 dan 18 tahun dilepaskan dengan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM1,000 selepas mengaku salah melakukan kesalahan sama seperti Mohd Salahudin dan Mohd Masyadi.

Mariana turut memerintahkan ibu bapa atau penjaga kedua-dua remaja itu supaya membawa mereka melaporkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing setiap bulan selama setahun bermula bulan depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad manakala peguam Bob Arumugam mewakili Mohd Salahudin, Mohd Masyadi dan remaja berusia 17 tahun, Arifin Che Ali mewakili Mohd Zubaikhan manakala seorang remaja berusia 18 tahun diwakili peguam Azizan Abdullah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan