Ahli Perniagaan Dipenjara 6 Tahun Terhadap 20 Pertuduhan Wang Haram

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin selepas didapati bersalah terhadap 20 pertuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan jutaan ringgit.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Wong Pei Hur, seorang ahli pernigaan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT).

Bagi 20 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram Jagjit Singh menjatuhkan hukuman penjara antara tiga bulan hingga dua tahun yang kesemuanya berjumlah 16 tahun dan tiga bulan terhadap ahli perniagaan dari Kuala Lumpur itu manakala bagi dua kesalahan menerima deposit tanpa lesen tertuduh dihukum penjara lapan tahun.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman berjumlah 16 tahun tiga bulan itu berjalan serentak iaitu dua tahun, manakala hukuman penjara lapan tahun itu juga berjalan serentak iaitu empat tahun.

Dalam penghakimannya Jagjit berkata mahkamah mendapati tertuduh tahu bahawa wang yang dimilikinya itu adalah menyalahi undang-undang. Pada 10 Jun 2008 Wong didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Bagi 20 pertuduhan mengikut AMLA, dia didakwa melakukan kesalahan itu di antara tahun 2007 dan 2008 membabitkan jumlah melebihi RM2.5 juta iaitu dengan memindahkan wang berkenaan daripada akaun semasa kepada akaun simpanan dan menggunakan wang tersebut untuk pembayaran premium bagi pembelian dua polisi insurans.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank antaranya Malayan Banking Berhad, Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang dan UOB Bank Berhad, Unit 1-6, Tingkat Bawah, President House, Jalan Sultan Ismail.

Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Wong turut didakwa menerima deposit daripada seorang ahli perniagaan Mohamed Fuad Bahari, 57, tanpa memegang suatu lesen yang sah di Kampung Pandan Inn, Kampung Pandan, antara 15 Dis 2006 dan 1 November 2007.

Dia turut didakwa menerima deposit daripada Mohd Rofi Yaakob, 42, di Maybank Berhad Cawangan Bukit Bintang, Jalan Bukit Bintang antara 1 Disember 2006 dan 11 Jun 2007. Untuk kedua-dua pertuduhan itu, beliau didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 dan boleh dihukum di bawah seksyen 103(1)(a) yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Mohd Shukri Ahmad Mansor dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala Wong diwakili peguam Datuk Yusof Ali Mohamed Zain. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan