Peggunaan Bahasa Kebangsaan Di Mahkamah Sabah & Sarawak Tidak Dilarang

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mahkamah Rayuan pada Jumaat memutuskan Perlembagaan Persekutuan tidak melarang penggunaan bahasa kebangsaan dalam dokumen mahkamah di Sarawak dan Sabah walaupun bahasa Inggeris masih menjadi bahasa rasmi dalam semua prosiding mahkamah di kedua-dua negeri.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Low Hop Bing yang mengetuai panel tiga hakim, berkata ia dibuat berdasarkan keputusan majoriti bahawa rayuan pihak pendakwa raya untuk menyerahkan notis rayuan kepada responden Poleon Ajan dalam Bahasa Malaysia tidak sepatutnya ditolak.

Oleh itu bantahan awal yang dibangkitkan oleh peguam Poleon, Bernard Philip Lanat iaitu penggunaan bahasa Inggeris adalah wajib seperti yang ditetapkan mengikut Peraturan 102 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan, adalah tidak terpakai, katanya.

Pendakwa raya diarah menyerahkan notis itu dalam tempoh 60 hari kepada Poleon sementara menunggu rayuan yang ditetapkan untuk pendengaran pada 29 Ogos depan.

Dua lagi panel hakim ialah Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Abdul Wahab Patail. Mohd Hishamuddin yang memberi pendapat bertentangan, berkata apabila Sarawak dan Sabah bergabung dengan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963, mereka telah diberi jaminan hak tertentu yang tidak dinikmati oleh negeri-negeri lain di semenanjung.

Beliau berkata bahasa Inggeris masih menjadi bahasa rasmi prosiding di mahkamah rendah dan mahkamah tinggi kerana Akta Bahasa Kebangsaan tidak diperluaskan ke Sarawak atau diluluskan oleh enakmen badan perundangan negeri sehingga hari ini.

Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa pribumi di dua negeri itu termaktub di bawah Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan tiada tindakan Parlimen untuk menghentikan atau menghalang penggunaannya, sehinggalah selepas 10 tahun merdeka.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud terdahulu dalam hujahannya berkata tiada apa-apa peruntukan di bawah Peraturan 162 yang boleh menyebabkan prosiding atau dokumen batal dan tidak sah kerana menggunakan bahasa Malaysia.

Beliau juga memohon mahkamah agar mengekalkan sabitan kesalahan Poleon mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pendakwaan berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah iaitu tertuduh telah melakukan kecuaian dan memandu secara berbahaya pada 7 Jan 2009, di Batu 54, Kuching/Serian Road, menyebabkan kematian Apap Nguoh. Pada April 2009, Poleon dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara dan memerintahkan lesen memandunya digantung selama tiga tahun.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sebahagiannya telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di sini, di mana telah mengurangkan tuduhan kepada memandu secara cuai mengiktu Seksyen 43(1) akta yang sama.

Mahkamah kemudian mengarahkan Poleon didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda dan memerintahkan kesalahan itu dicatat di dalam lesen memandunya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan