Pegawai Polis Didakwa Terima Rasuah - Berita Mahkamah | mStar

Pegawai Polis Didakwa Terima Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM300, tahun lepas.

Nazri Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di bilik ketua Balai Polis Machang Bubuk dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah menerima RM300 daripada M. Kumaran, pada 7 Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Firdaus Sekman manakala tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan