Dua Konstabel Didakwa Rasuah Peniaga RM200

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis berpangkat konstabel pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan meminta dan menyetuju menerima rasuah wang tunai RM200 daripada seorang peniaga, tahun lepas.

Herman Latui, dari Tawau, Sabah dan Mohammad Hassim Mustapa, dari Batu Caves, Selangor didakwa meminta wang RM200 secara rasuah daripada Ramuddin Masdar sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman di atas kesalahan lalu lintas yang dilakukannya.

Kedua-dua anggota polis berumur 26 tahun itu dituduh melakukan kesalahan di Balai Polis Datuk Keramat, Jalan Datuk Keramat di sini pada pukul 9.15 pagi, 5 September 2011.

Bagi pertuduhan kedua, mereka yang bertugas di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, didakwa secara rasuah menyetuju menerima wang itu daripada Ramuddin untuk tujuan yang sama pada 12.10 tengah hari pada tempat dan tarikh yang sama.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 17(a) ASPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta yang sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan atau mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa Mohd Nur Lokman Samingan dari SPRM menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan alasan jumlah itu adalah munasabah dengan kesalahan yang dilakukan.

Peguam Mohd Shahrullah Khan memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 kerana kedua-dua tidak mampu untuk membayar jumlah jaminan yang tinggi.

"Herman hanya mendapat gaji bersih sebanyak RM1,000 sebulan manakala Mohammad Hassim sebanyak RM600," katanya. Hakim Rozilah Salleh membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan