Mahkamah Tinggi Arah Kerajaan Bayar RM140,000 Kepada Tentera Didera

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, Rabu, mengarahkan kerajaan membayar pampasan sebanyak RM140,000 kepada seorang anggota tentera yang didera di Rejimen Ke-13 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu setelah meneliti dan berpuas hati dengan penghujahan pihak plaintif dan defendan.

Beliau memutuskan supaya plaintif Khairil Azzuwan Zainol Rashid, 24, dibayar ganti rugi am sebanyak RM100,000, ganti rugi khas RM30,000 serta ganti rugi teruk, punitif dan teladan sebanyak RM10,000.

Hakim juga memutuskan bahawa plaintif masih kekal dalam jawatan tentera.

Khairil Azzuwan mendakwa dia didera dengan dipukul dan ditoreh di bahagian lengan kanannya bagi membuang tatu ketika bertugas di kem berkenaan dan membuat laporan di balai polis Sri Aman pada 27 Oktober 2007.

Dalam tuntutan yang difailkan pada 13 April 2008, plaintif menamakan tujuh defendan iaitu Panglima Angkatan Tentera, Pegawai Memerintah Kem 13 RAMD Sri Aman, Pakit, Sarawak dan Koperal Nasrul Hasmee Mohd Nasir sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Sarjan Nanyun Dayong, Nicholas J. L, Koperal Mustapha Kamil Ismail, Koperal Saiful dan Sarjan Hasrihan Aria sebagai defendan keempat, manakala Timbalan Pegawai Yang Memerintah, Mejar Roslan Sidek; Ketua Polis Bukit Aman dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kelima hingga ketujuh.

Dalam tuntutan itu, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM5.57 juta terdiri daripada ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi khas RM1.57 juta dan ganti rugi teruk, punitif dan teladan sebanyak RM3 juta.

Khairil Azzuwan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini dan hanya diwakili peguamnya Lucia Minta manakala semua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Ruzaimah Mohd Ridzuan kecuali defendan ketiga yang tidak diwakili peguam.

Ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi di sini, ibu Khairil Azzuwan, Tengku Ropiah Ku Ismail berkata anaknya mengalami trauma dan tidak memaklumkan kepada keluarga di mana dia tinggal sekarang.

Katanya pihaknya akan membuat rayuan bagi membolehkan anaknya bebas sepenuhnya daripada pihak tentera supaya dia dapat hidup dengan tenteram. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan