Tiada Konspirasi HKL, Polis Dalam Kematian Baharudin - Saksi

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner pada Rabu diberitahu tidak berlaku konspirasi antara Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pihak polis untuk menutup punca sebenar kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad, ketika menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai, tahun lepas.

Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Razali Mahmud tidak bersetuju dengan cadangan peguam Patrick Dass, yang mewakili keluarga mangsa, bahawa beliau ditugaskan untuk menukar jantung Baharuddin dengan jantung daripada mayat lain ketika proses bedah siasat dilakukan pada malam hari yang sama.

Saksi ke-25 itu berkata pada malam itu, hanya jenazah Baharudin berada di bilik bedah siasat dan beliau berada di situ sepanjang proses bedah siasat berlangsung. "Saya tidak keluar dari bilik bedah siasat sehingga proses bedah siasat itu selesai," katanya pada perbicaraan inkues bagi menyiasat kematian Allahyarham Baharudin.

Razali, 50, berkata turut berada di bilik itu ialah pakar patologi HKL Dr Khairul Anuar Zainun yang dibantu Dr Ferwan Fairis Ab Karim, seorang pembantu perubatan hospital dan seorang jurugambar polis. Ketika ditanya Patrick mengapa anak Baharudin, Dr Ummi Mirza tidak dibenarkan masuk ke bilik bedah siasat itu, Razali berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu.

Razali juga menafikan hasil siasatannya berat sebelah dan memihak kepada polis kerana setiap siasatan yang dilakukannya adalah berdasarkan kepada fakta. Razali juga berkata sudut fokus kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan pusat beli-belah Avenue K pada hari kejadian telah sedikit beralih kerana tersentuh oleh pekerja bangunan.

Dia juga bersetuju dengan cadangan Patrick bahawa fokus CCTV yang teralih itu disebabkan tindakan oleh pekerja bangunan itu.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah bersambung pada 2 Mei. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan