Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Bapa Mualaf

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Selasa menolak rayuan yang dikemukakan seorang bapa mualaf terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan tiga anaknya yang telah diislamkannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim, Datuk Zaharah Ibrahim menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk agama Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, bagi pelanjutan masa untuk memfailkan rekod rayuan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim, Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim, Datuk Clement Allan Skinner.

Panel itu sebulat suara menolak permohonan Ridzuan selepas mereka berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberikan pelanjutan masa untuk beliau memfailkan rekod rayuan.

Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac, 2010 dan diperlukan memfailkan rekod rayuan itu dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh memfailkan notis rayuan tetapi peguam Ridzuan yang terdahulu tidak berbuat demikian.

Pada 11 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14 dan Prasana Diksa (Ummu Habibah), 4, kepada Indira tetapi membenarkan Ridzuan melawat anaknya itu seminggu sekali.

Mahkamah memerintahkan Prasana Diksa, yang tinggal bersama Ridzuan, dipulangkan kepada Indira dan dua lagi anak yang tinggal bersama Indira, kekal di bawah penjagaan wanita berusia 37 tahun itu.

Ridzuan, 43, memeluk Islam pada April 2009 dan kemudiannya turut menukar agama tiga anaknya kepada Islam pada 2 April, 2009 tanpa kebenaran Indira.

Pada 24 April tahun yang sama, Indira mendapat perintah hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 29 Oktober tahun yang sama, Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh perintah mahkamah daripada Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anaknya itu kepadanya.

Peguam yang mewakili Indira, M.Kulasegaran, yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat berkata, sehingga hari ini, usaha mereka untuk mengesan Ridzuan dan anak bongsunya itu tidak berjaya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan